something to talk about…

JUNGLE TREKKING

Posted on: March 9, 2009

Assalamualaikum…

Selepas siap-siap mandi bagai, kami pun keluar bilik dan menuju ke lobi hotel.. Isi perut kita bersarapan dululah… Makanan di cafe kurang memuaskanlah… Setakat Nasi Lemak dan Roti Bakar saja yang ado!! Rasanya pulak.. Ehem.. Ehem.. Bolehlah setakat nak buat lapik perut tak berlapar untuk buat jungle trekking nanti… Siap makan dan habis secawan Kopi ‘o’ dan secawan air masak…. Kami semua pun tanpa tertunggu-tunggu lagi, terus menyeberang ke Taman Negara melalui bot…. Cuaca pagi berkabus cantik sekali…


Bayar tambang bot ni RM1 sorang… Dekat aje pun…

Kat sini ada HOTEL MUTIARA… Cantik hotel 5 Star nie…

Cantiknya pemandangan… Indahnya alam…
Seronoknya berada di sini!!

Acara wajiblah tue… Bergambar-gambar dahulu ye!! Heheheehe…..
Anak-anak T dan anak sedara B yang over exited nak buat Jungle Trekking dan naik Canopy Walkway….

Sebelum memulakan “Jungle Trekking”.. Kena ambil permit dulu.. Seorang RM1 sahaja.. Then ambil permit untuk kamera pulak.. Ianya dicaj pulak sebanyak RM5 untuk sebuah kamera… Kami mengambil masa selama satu jam berjalan kaki sebelum sampai ke Canopy Walkway… Tengok tu.. Sempat ajak Orang Asli ni bergambar sama… Nasib baik dia nak bergambar jugak.. Sporting apa dia ni?? Sekadar kenangan.. Bukan buat jahat pun kan??
Jangan tak percaya.. Biras T, Shikin ni pun mampu berjalan kaki meredah hutan selama satu jam bersama-sama kami!!.. Cayalah Shikin.. Cuma dia tak menyertai kami semasa kami menaiki kanopi.. So, enkorang… Tak teruja ke nak datang ke Taman Negara buat Jungle Trekking cam nie..?? Seronok seh!!

Abang Ipar, Abang Zaid dan Shikin… Dan jugak anak-anak sedara B, Imran dan Din…
Masa ni jalan dah tak rata.. Berbukit-bukit pulak… Redah ajer!!

Akhirnya!! Selepas berjalan selama satu jam.. Kami pun tiba di sini!!

Anak-anak T dan abahnya sampai dahulu di sini… Dalam 20 minit mereka mendahului T .. Laju je berjalannyer.. T jalan lambat skit.. Coz tunggu Shikin berjalan sama.. Mana boleh tinggal dia sensorang kat belakang.. Kena temankan dia berjalan.. Nak bagi dia semangat… Teruskan perjalanan.. Kalau tak sian jugak kat diakan??…. Syabas anak-anak Ummi!!… Tak sangka Ummi anak-anak Ummi ni mampu buat Jungle Trekking gak..

Ni masa dok menunggu giliran nak menaiki Canopy Walkway.. Tinggi tu.. Tak surelah pulak berapa meter… Tapi memang tinggilah.. Pada yang gayat tu, dinasihatkan.. Tak usahlah naik.. Kang tak pasal-pasal buat susah kat orang lain pulak.. Dak gitu?? Hehehe.. So, kesimpulannya.. Orang-orang yang berani je yang buleh naik benda alah ni tau!! Iye! Tak tipu.. Tapi rugilah dah berjalan jauh tapi tak naik benda alah nie.. Dah melalui titian tu baru terasa “adventure”nya tue…

Bebudak yang tak sabar-sabar nak naik Canopy Walkway!!

Laju je mereka berjalan.. Tak toleh dah pada Abah dan Ummi mereka kat belakang ni.. Nasib baik Abang Din ada, jagakan mereka… Cayalah anak-anak Ummi nie!!.. Bangga sangat umi pada korang tau!! Tak sangka.. Mereka seberani itu!!

Tengah teruja nih!! Selepas hampir 15 tahun baru ku jejaki mu semula!!

Din, Imran… Dan T sempat bergambar bersama Monica.. Cantik siut betul minah nie!!

Anak sedara B, Mamat.. Dia sama umur dengan Adib… 9 tahun.. Berani jugak budak sorang nie.. Tu Imran sedang memanjat tangga.. Tinggi tu tau! T pun tak pasti berapa ketinggian dia… Cayalah Im!!

Uuish!! Abang Zaid pun nak bergambar ngan Monica tue?? Mentang-mentanglah Shikin tak naik Canopy Walkway ni sekali… Ada peluang je dia ye? Biasa nie!! Hehehe…

Tq B!! .. Amik gambar-gambar Ummi nei…

Baru selesai melalui Titian Kanopi.. Ambil masa dalam 40 minit gitu.. Kalau tak boleh awal lagi kot.. Tapi disebabkan orang-orang di depan ada yang berenti ambil gambar dan ada 2 orang pakcik mat saleh kat depan tu, lambatlah sikit kami yang kat belakang ni…. Syukur Alhamdulillah.. Tiada apa-apa yang tak diingini berlaku.. Semuanya berjalan lancar setakat ini.. Tahniah pada bebudak nie!! Kagum Ummi tau!! Tak merungut penat letih apa pun.. Lagi seronok nak datang lagi ada.. Hish budak-budak nie…

Nak balik semula ke Kuala Tahan… Kami naik bot pulak.. Ramai-ramai naik ni dia caj RM70… Perjalanannya pulak dalam 6-7 minit gitu.. Memang seronok giler!! Terasa betul berXPDC tue.. Hehehe..
So happy!! Letih, penat.. Tapi tak kisahlah tu semua.. Yang penting kita ENJOY!!

Selesailah sudah XPDC kami di Taman Negara… Memang best siot seronok giler!!

Cantikkan??

Kami singgah makan di Jerantut selepas check out dari hotel… Semuanya kelaparan… Kita makan kenyang-kenyang dulu yok!! Selepas makan, family abang-abang T singgah di Temerloh.. Cari Ikan Patin dan Ikan Tilapia.. Nak bawa balik ke KL dan SG. RAMBAI….

Begitulah… Ini saja untuk kali ini.. Sesungguhnya kami seronok sekali melalui pengalaman melalui percutian kali ini.. Sungguh mengujakan.. Kalau tak biasanya g jenjalan, tidur hotel.. makan, shopping.. Ini terasa keseronokkan yang lain macam dan tak terhingga.. Dah cakap kat B, nanti nak g lagi ke Taman Negara.. Nak mandi di Lata Berkoh pulak.. Naik perahu/bot melalui jeram-jeram.. Lagi syiok!!

18 Responses to "JUNGLE TREKKING"

Waahh… habislah uncle. Big Mama sudah ambil alih kegemaran uncle!Seronok kan? jalan merentasi canopy walkway.

akak dh pnh smpai dh sini T masa zmn study dulu.kitorang camping kt sini. cuma yg xtahannya naik bot 3-4 jam sepanjang sg tembeling tu, sbb masa tu sakit perut, jenuhla tahan..smpai2 je situ, terus pecut cari toilet..haahaa..

rajinnye kak t gie jungle tracking….seronok nie, dpt tgk keindahan flora dan fauna, lieya last gi jungle tracking mase sekolah dulu kot…he he he he

beSt nyER kak cePat ar uploAd lagi… shA dah laMa taK g huhuhuhu

Wa…best nyer aktiviti jungle trekkig ni !!!

tmn negara ye!dekat ye dari temerloh?lalu jerantut ek..lupe daaa

bestnye dapat gi taman negara,dapat buat jungle trekking lagi tu..Re:Ha..tu la alhamdulillah Mia makin sihat & bambam sekarang..syukur sangat tengok keadaan dia

Tie bestnyer gi travel tempat2 camni..tinginlah nak pi…tapi abg kata tunggu anak besar sikit..karang jenuh kitaorg nak mendukung budak2 tu… hahhahahahlinn pun mcm lieya kali terakhir gi zaman sek dulu

wah seronok nye….syikin pon ade!!!

sonoknyerrrr gi trekkinggg.. kannns

T, bestnya junggle trekking. Kiter suka aktiviti macam ni. Rasa nak join jek!!! Alahai rindunya kiter kat camping, trekking, cycling etc. Kat UK senang layan aktiviti macam ni. Kat mesia ni tak tahulah sempat ke tak. Bulan ni jek ada dua kali Sabtu ada program universiti. Bz bz bz life. mmmmm… bilalah nak berpeluang berholiday.re: T, Kak Yati tu pun Kak Cahaya. Kalau Kak Cahaya kiter akan tulis Kak Cahaya instead of Kak Yati. Ni Kak Yati lain. Kesian dia T. Baru ni anak dia operate kaki. Nanti sepatutnya ada lagi rawatan susulan tu. Tetiba sekarang ni, akak tu pula cancer. Ya Allah besar dugaanMu terhadap sahabatku itu.

sonoknya T..gie jungle tracking..lama dah tak buat aktibiti nie.T sehat ke..

T, awak pegi Tmn Negara??? wah..adventure gak awak ni ya.. kalau saya surrender la.. mmg tak suka xtvt cam tu… heheehhe..tapi saya salute la dgn T..anak2 pun blh join sekali… kalau anak2 saya sorila… nak pulak dlm utan, mesti la bising dgn nyamuk etc…😀

bestnya T..gie jungle tracking..lama dah tak buat aktibiti mcm nie…maklumla..kan…ada anak kecik nie…hehehhe

kira dekat gak kan taman negara ni ngan temerloh kan tie….ida xpnh smp lg….nengok pic2 kat sini mcm best jer…tp tu la kan…ada anak kecik ni mmg susah nak berjalan ke tempat2 cgini

huh…. akhirnya dapat gak singgah blog T… sorry laa T sibuk laa minggu nie…. thank’s jugak sebab tanya khabar saya dan singgah blog saya……haaaa nie baru nak komen… hahahahwarghhhh sonoknya jalan-jalan masuk hutan nie… sesekali buat perubahan best gak kan…. selalu jalan-jalan di bandar-bandar tapi kali nie jalan-jalan dalan hutan melihat flaura dan fauna… tenang ajer fikiran kan dapat nengok benda-benda yang menghijau.. orang kata kalau setiap pagi kita memandang pokok-pokok yang berwarna hijau.. mata kita akan sihat dan tak akan rabun.. itu orang yang kata.. wallahualam laa…T sihat ker?… anak-anak sihat ker?.. alhamdulllilah kami sekeluarga sihat…

Rajinnye kau T..berjalan anak branak tempat2 camni. Kalau aku mau meroyan laki bini duk kejar anak2! keh keh

bestnyer kakdari dulu teringin nak jungle trekking kat taman negara nietp x tersampai lagi hajat tunampaknyer…ntah bila lerngan batrice nie….mmg dpt mimpi jer lah nak join xtvt2 camtu…mau pengsan zana melayan dia nantilama betul tak buatxtvt2 lasak cam nie…dulu tima bujang….mmg selalu ikut under belia kak tnow….dah pencen….xde geng ler kak ti……he he he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: