something to talk about…

RESTORAN S.Z RAHMAH

Posted on: March 7, 2009

Assalamualaikum….

Hari ni untuk sarapan, T sediakan Mee Hoon Goreng Singapore, Goreng Nuget dan jugak Koktel Sosej Ayam.. Air lak T buat Air Teh ‘O’ dan jugak Air Nescafe… Selepas bersarapan.. T bawa biras ke rumah Kak Long T… Borak-borak kat situ dalam sejam gitu.. Then kami balik semula ke rumah.. Rumah Kak Long tak jauh daripada rumah T.. Berjalan dalam 3,4 minit jer.. (Rumah kami berselang dalam 15 buah gitu)….


Balik ke rumah, B call dan suh order awal-awal makanan for lunch di Restoran S.Z Rahmah di Paya Pulai.. Restoran ni bukak kul 12 tgh hari dan tutup dalam pukul 2 petang gitu.. Kalau tak call dulu, makanan sure abih punya.. Restoran ni port Sultan Pahang jugak tau! Baginda Sultan suka sangatlah singgah makan Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak kat sini.. Restoran ni memang sinonim dengan penduduk di Temerloh.. Pada orang luar yang nak singgah makan di sini.. Senang aje nak mencari tempatnya.. Dekat aje lokasinya di Hospital Temerloh (kat Seberang Temerloh).. Restoran dia biasa-biasa aje.. Biasalah Restoran kampung gitu.. Tapi jangan tak percaya.. Kebanyakkan orang yang datang makan ke sana, bawa keta besar-besar mak gajah tau! Sebut aje.. Semua jenis keta mewah datang singgah makan di sini.. Maknanya mereka tak kisah sangat keadaan restoran.. Tapi makanan tu yang pentingnya.. Sedap.. Harganya pulak.. Ikut standard ikanlah.. Macam kami makan ramai-ramai hari ni, B bayar RM130.. Kalau setakat kami makan 4 beranak bawah RM50 aje.. Tapi rasanya berbaloilah tu.. Dengan lauk-pauk yang pelbagai dan sedap-sedap.. Anda pasti tidak menyesal makan-makan di sini… Masa kami dok makan dalam pukul 2.00 petang tu… Adalah beberapa buah kereta yang menyinggah dan tengok-tengok makanan dah habis pun.. Kesian tengok muka-muka frust diaorang.. Ada sampai yang kata.. “Tak ada rezeki kita hari ini”… Nak offerkan Gulai Ikan Patin kami kat diaorang pun.. Takkan mereka nak makan semata-mata lauk tu.. Sedangkan lauk-lauk lain dah abih pun.. Tapi yang pasti.. Kami semua bersandar kekenyangan seusai makan-makan.. Alhamdulillah.. Tq B! Dok belanja makan kat sini sokmo (minggu lepas makan kat sini jugak).. Hehehee…. Tu yang buat berat badan Ummi semakin naik hari ke hari.. Dok makan sedap aje ye??

Selepas makan, kami bawa family Abang Ipar ke tempat B menternak Ikan Patin di Kg. Bangau.. B singgah bagi makan ikan-ikan… Selepas itu, kami terus pulang lepak-lepak di rumah saja…

B beli car alarm yang baru untuk keta T.. Then dia belikan jugak handphone MADE IN CHINA ni.. Buleh tengok TV.. Macam-macamlah B ni.. Handphone dah ada 2,3 pun tak cukup-cukup…


Sebelah petang, Abang Ipar keluar semula bawa anak-anak T ke Bandar Temerloh.. Pusing-pusing bandar lagi.. T dok umah melipat kain baju.. Then berkemas-kemas nak ke Taman Negara esok.. Yahooo! Setelah hampir 15 tahun T tak ke sana.. Esok, aku akan menjejakimu.. Oh! Gembira sungguh rasa di hati… Hehehee…

Sebelah malam, B kuar tapau makanan.. B kata tak yah masak.. Beli je.. T masak nasi aje.. Simpan tenaga nak g Taman Negara esoklah kononnyer tue.. Hok Aloh!!

1 Response to "RESTORAN S.Z RAHMAH"

tengok nugget tu teringat pulak beli nugget balik klinik tadi.. tak tau la nugget ke hape.. bila kunyah.. cam makan plastik je.. liat semacam.. apa la org yg menjual tuh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: