something to talk about…

MY DEAR BLOG…

Posted on: February 14, 2009

Assalamualaikum….

Hari ni kami ke KL.. Anak-anak dah ok dari demam dan cirit birit…. B la beria ajak ke KL.. Nak tengok citer Geng… Lagipun hari Ahad B ada hal nak jumpa orang kat sana….

Sebelum ke KL singgah makan tengahari dulu.. Masa ni dalam pukul 11.15 pagi…

Singgah Tesco Ampang.. Sampai area kul 1.15 tgh hari gitu… B dan Adib nak makan Nasi Beriani.. T kongsi nasi dengan Nur..

Kemudiannya, kami ke KLCC.. Tapi tiket semua dah habis…

Singgah di Berjaya Times Square pula… Sama jugak.. Tiket wayang dah abih… Anak-anak dok kalut dah.. Tanya jadi ke tak tengok citer Geng nie.. ??

Sementara tunggu B cari bilik di Hotel Melia depan Berjaya Times Square tu, adalah promosi suh beratur amik ice cream Walls… Punyalah ramai orang dok beratur.. T tak beratur pun.. Malas Mak nak ambil port… Tetiba.. Tanpa diduga adalah budak couple melayu ni bagi ice cream tu kat anak-anak T.. Dapat 3 lagik tu… Anak-anak apalagi.. Pas ucap tq kat kakak dan abang yang baik hati tu.. Mereka terus ngap itu ice cream.. Selepas itu kami ke Hotel Vistana.. Bilik di Hotel Melia dah penuhlah pulak… So, malam ni kami stay di Vistana sahaja…..

Masuk bilik dalam pukul 4.45 petang….

Tq B bawa Ummi dan anak-anak g jalan-jalan.. Pst.. Air muka dia memanglah nampak garang.. Tapi dia sangat baik hati sama saya dan anak-anak tau! Dia sangat-sangat memahami hati saya setelah hidup bersama hampir 10 tahun ini… Saya sangat sayang sama ini orang… Muah….

Anak-anak berposing dulu sebelum mandi….

Dalam pukul 6.00 petang gitu, kami keluar nak ke Selayang Capitol.. Ada show pukul 7 malam.. Tapi kami terperangkap dalam jem yang betul-betul punyer giler masa kat Jalan Kuching!! Memang betul-betul menguji kesabaranlah…… Nak tak nak.. Kami berpatah balik ke Pusat Bandaraya melalui Lebuh Raya Duke… Lancar saja perjalanan masuk ke Pusat Bandar… Seterusnya, kami kembali ke hotel dan mula cari makan for dinner…
Masa kuar nak g dinner tadi… Kawasan berdekatan hotel….
Makan kat area hotel aje…. Sedap-sedap rasa makanan di kedai makan nie..
Singgah beli majalah, mainan anak-anak dan fridge magnet di lobi hotel…

Sebelum tidur dok main tembak-tembak dulu.. Itu je diaorang tahu.. Main.. Main.. Main… Bila B cakap suh tidur esok nak tengok Geng.. Terus diaorang tidur.. Hahaha…

2 Responses to "MY DEAR BLOG…"

>> best berjalan jalan dgn family cam ni…

sukanya aunty lia ngan adib & nur ni..pandai berposing gitu. Ni mesti ikut ummi yang suka posing ni..heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: