something to talk about…

MY DEAR BLOG……

Posted on: January 25, 2009

Assalamualaikum……

Pas bangun solat Subuh tadi, minum air ni dulu….

Anak-anak tidur semula selepas bersolat tadi…….
Bangun…. Bangun.. Dah pagi dah anak-anak!!…….

Ketika sedang bersarapan……

Di antara juadah yang sempat dijamah….
B tengah mengambil Roti Jala….

Sempat suh anak-anak berposing di tepi kolam renang…..

Dah 4 kali datang ke Langkawi pun, tetap pening nak pilih g berjalan ke mana dulu…

Destinasi pertama kami untuk hari ini…. UNDERWATER WORLD…..

Jom masuk ke dalam… Kita tengok ada apa dengan UNDERWATER WORLD nie??…..Em… Sebenarnya macam-macam ada… Setiap kali datang sini, sure singgah tempat ni.. Memang seronok.. Kalau kita pun merasa seronok.. Anak-anak apatah lagi…..

Dah keluar dari UNDERWATER WORLD……. Kami g lunch dulu…. Pekena Ikan Bakar, Sotong Bakar dan Nasi Putih panas-panas, cicah pulak ngan Sambal Belacan… Fuh! Sedap giler! Sampai mengalirlah air mata T ni sebab pedas giler sangat! Hehehehe….
Then pas lunch, B tanya… Nak g pusing pulau naik bot tak? T onkan jer.. Cuma terkilan… Persalinan T tak berapa sesuai dengan aktiviti lasak cam ni… Seronok buat aktiviti ISLAND HOPPING ni.. Kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting… Sempat naik bot kecil kat situ.. Then tengok burung-burung Helang sedang mencari makanan dan jugak berhenti di tepi pantai untuk mandi-manda.. Tapi kami tak berhenti mandi pun….. Masa yang diambil untuk ISLAND HOPPING ini adalah selama 2 jam 1/2… Iaitu daripada pukul 2.30 hingga ke 5.00 petang….. Bayarannya pula RM30 seorang untuk kanak-kanak dan dewasa RM40 seorang… Kira berbaloilah tu dengan apa yang kita dapat pas selesai melakukan aktiviti ini…

Nasib baik anak-anak T dan anak-anak kawan B ok aje naik speed boat nie… Pemandangan sekitarnya, Masya Allah.. Sungguh cantik sekali……
Tengoklah si Adib tu.. Dok peluk pinggang adik-adik.. Bot baru nak berlabuh di Tasik Dayang Bunting…..

Menakjubkan!!

Burung-Burung Helang bebas berterbangan…..
Boleh singgah di pantai ni untuk berhenti mandi-manda……

Berakhirnya aktiviti ISLAND HOPPING kami.. Enjoy bangat deh!!
@ area Pantai Cenang.. Cari seluar mandi anak-anak.. Juga beli blouse untuk T dan jugak Fridge Magnet sebagai tanda kenang-kenangan dan buah tangan untuk kawan-kawan….

Singgah makan Keoy Teow Sup dan minum Cendol pulut dulu…. Sedap…..

Singgah mandi di Pantai dan Kolam Renang Hotel Langkasuka… Hotel Helang dan Hotel Langkasuka adalah di bawah satu pengurusan yang sama….

Kemudian, kami pulang ke Hotel Helang dan anak-anak mandi di kolam renang dalam 15 minit gitu sebelum masuk ke dalam bilik sekitar jam 7.00 malam……

Bersiap-siap nak keluar dinner pula…… Tu diaorang tengah bergelak sakan.. Apa-apa ajelah anak-anak aku nie……
Anak-anak kawan B, Zamri dan Suzi.. Comel betullah si Damia dan Amin nie….. Ari ni bday Amin yang ke 4 tahun… Happy Birthday To You My Dear Amin… Semoga membesar menjadi anak yang soleh.. Insya Allah.. Amin…

Antara yang sempat dibeli siang hari tadi…..

Di lobi hotel…..

Dinner di restoran orang siam ni.. Sedap-sedap rasa makanannya… Area di Padang Mat Sirat….

2 Responses to "MY DEAR BLOG……"

sonoknyerr jalan jalanns langkawi tewwww.. hi akak tewww, salammz dr me dikejauhannns

salam tie..pi langkawi makan angin pulak ker..jalan jauh tu..tie dah 4 kali pi langkawi..ita yang org kedah nipun baru sekali..ada jumpa aida tak???dulu kitaorang honeymoon dok hotel helang gak…puas hati kan pi langkawi..mcm2 boleh beli..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: