something to talk about…

MY DEAR BLOG…

Posted on: January 5, 2009


Assalamualaikum..
Pas semayang Subuh tadi, bersiap-siap balik ke Temerloh.. Sempat makan Nasi Berlauk Kak Ani + Teh Susu dan terus ke Temerloh… Hantar anak-anak ke Kelas Qfa dan balik umah, berkemas bagai… Kul 10.30 g amik anak-anak dan g kedai bli barang2 dapor skit.. T adalah tegur sorang budak pompuan ni.. Ngusik-ngusik dia.. Alih-alih mak dia tegur, “Ruziawati ke ni?” T pun tanya, “Siapa ya? Dia pun jawablah, “Aidawati”.. Terus T pun.. “Laaa… Aida.. “.. Em.. Aida kawan T masa sekolah rendah dulu.. Tak sangka berjumpa kat situ.. Hehehe.. Seronok berbual sampai lupa nak snap gambar.. Pas tu balik umah, basuh jubin dekat garaj.. Sental bagai.. Coz dah lama tak membasuh kat depan tue.. Siram-siram manja ketaku itu dan sempat berbual-bual ngan Kak Ina jiran sebelah.. Dia kata anaknya dapat masuk Asrama Penuh di Seremban.. Baru ni Kak Long dapat 5A.. Tak ada apa nak bagi kat dia, T bagilah RM50 buat belanja untuk Kak Long.. Pesan kat dia suruh belajar rajin-rajin.. Then, masuk rumah.. Rehat sat dan dalam kul 12.00 tgh hari suh anak-anak bersiap nak ke sekolah.. Dalam kul 12.40 gitu T pun antar anak-anak ke sekolah.. Sesampai kat sana, terus bli buku tulis Nur…. Nur ok.. T tinggalkan dia dan ibu bapa dikehendaki berada di kantin untuk taklimat bagai.. Selepas taklimat nak balik tu, T pandanglah seorang perempuan ni.. Macam kenai jer… Rupa-rupanya kawan T masa sek menengah dulu.. Tadi jumpa kawan masa sek ren.. Skang jumpa kawan masa sek men pulak .. Seronoknya dapat berjumpa Yus walaupun sekejap cuma.. Tapi tak kisah, pas ni kami pasti bertemu lagi.. Yelah, masing-masing nak hantar/amik anak kat sekolah… Bertambah lagi contact aku kat hp aku nie.. Seronoknya!! Selain Yus, ada beberapa lagi kawan T yang jugak menghantar anak-anak mereka bersekolah di sini.. Di antaranya Kak Murni, Kak Roha dan beberapa orang lagi.. Bolehlah bincang2 pasal anak2 kat sekolah SKJB nie… Sebelum balik T sempat jumpa Nur dan cakap nanti umi datang masa rehat nanti.. Then T terus balik ke rumah.. Singgah beli Roti Gardenia dan Air Susu Rendah Lemak HL… Balik umah bt Sandwich Sardin dan goreng Nuget.. Buat Air Sunquick .. Solat Zohor dan terus ke sekolah semula.. Sedang molek T sampai, Nur nak berehat dah.. T pun bawanya ke kantin dan suh dia makan bekal yang T bawa.. Yasmin (Tudung biru pengawas tu, anak sedara hubby-sedara di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, sekelas ngan Adib datang bersalam ngan T tadi.. T pun suh dia makan sekali ngan anak-anak T) Sekejap lagi Adib pun keluar dari kelas dan makan sekali.. Dia beli gak Nasi Ayam dan pas tu belikan buku dan baju PJKnya di Kedai Koperasi.. Lupa nak belikannya buku tulis tadi.. Dia terus bawa buku tulisnya ke kelas dan T pun menghantar Nur ke kelasnya.. Pas tu T terus balik ke rumah.. Bli lauk.. Ayam dan Ikan Kembung.. Tak tahu lagi nak masak ke tak malam nie.. Tengoklah dulu.. Kalau rajin masaklah.. Kalau malas, tapau jelah jawabnya.. Hehehee…

Pst.. Tq pada Eya berikan T Friendship Award nie.. Tqvm Eya…

4 Responses to "MY DEAR BLOG…"

Selamat kembali ke sekolah buat Nur & Adib..Ez tido awal malam ni..penat sungguh gamaknye tu

seronokkan T..dpt..jumpa..kawan2..lama…klo dpt jumpa kwn2..baru pun beh..bila nak jumpa kty nie..

wah T… rajin T anta bekal utk anak2 time rehat… mmg ibu mithali ni… saya tak sempat la…. bg duit je.. Haziq lak sekolah ptg… penat rasa…saya prefer dia sekolah pagi sebab senang nak settlekan semua… apakan daya… tulah cabaran…cuma kesian kat mak saya la terkejar2 nak siapkan dia time tghari…

If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!< HREF="http://www.powerleveling-runescape.com" REL="nofollow">runescape powerleveling<>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: