something to talk about…

MY DEAR BLOG

Posted on: October 13, 2008

Assalamualaikum…

Hari Jumaat lepas (100808), T dan family balik ke Kuala Krau, umah my parents. Sempat singgah di rumah jiran yang kematian ibunya. Selepas balik dari kenduri, kami pun pulang dan tidur… zzzzzzzzzzzzzzz…

Kesokkannya, hari Sabtu (110808), T dan family (T bawa bersama ma dan abah) ke Pandan Jaya untuk menziarahi pula ibu angkat mereka. Dia dah koma selama hampir 7 bulan. Sebelum ni dia ditahan di Hosp Sungai Buloh. Doktor pulak suh bawa balik ke rumah saja (home care). Kasihan apabila melihat keadaannya namun gembira melihat anak-menantunya yang baik hati menjaganya ketika dia tengah sakit ni. Selepas menemui “We” di dalam biliknya, kami dijemput oleh tuan rumah untuk menjamu makan tengahari. Sedap Nasi Tomato, Nasi Impit dan Rendang Daging yang disediakan oleh Kak Ita tu. Suaminya tak ada sekali sebab berada di Istana Melaka. Suami dia bekerja sebagai bodyguard Tun Khalil Yaakob. Sesudah itu, kami pun meneruskan perjalanan ke Serendah. Malam tu tidur di rumah kakak ke 3 T, Azizah. Selepas berehat, solat, makan Mee Hoon Sup peberet T tu, adik-adik T pulak (Nizam dan Eidi) datang untuk tidur di sana. Sesambil tu dok melayan TMNT ngan anak-anak sedara T iaitu Fatihah, Fatira, Farihin dan Farhan (Farihin dan Farhan ni kembar). Nak dengar suara-suara selebriti kita tu.. Seronok melayan cite ni. Memang cite kegemaran T masa kecik-kecik dulu…

Pagi Ahad (121008) pulak, selepas bersarapan Mee Hoon Goreng dan Kuih Kacang yang disediakan oleh Kak Jah, kami pun bersiap-siap pulak ke rumah kawan suami T di kawasan berdekatan. Kawan sama belajar di UIA dulu. Selepas berbual-bual, minum-minum, amik gambar bagai di rumahnya yang cantik terhias tu, kami pun singgah di Bandar Rawang. Suami T nak tukar tayar keta lak. Tukar 4 biji tayar baru terus. Then T singgah di kedai kek Secret Recipe, beli sebiji kek Choc Indulgence untuk buah tangan nak dibawa ke rumah abang ipar T di Selayang. Singgah makan tengahari di situ. Biras T dari Melaka dan adik ipar T dari Subang 2 pun ada sama. Gempak-gempita jadinya umah Abang Long ari tu.. hehee.. Trimas di atas layanan kalian semua kepada kami yang datang bertandang… Janganlah lupa membalas kembali dengan datang bertandang ke rumah kami pulak. Pasti T sediakan Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak nanti.. Insya Allah…

Selepas keluar dari umah Abang Long, kami ke Giant Batu Caves. Cari barang dapo sesikit. Singgah belik KFC jugak. Makan dalam keta. Tak sempat nak amik gambo… hehee.. Sesambil tu melayan DVD kawin my sil yang dihasilkan oleh anak sedara suami T. Kemudian kami terus meneruskan perjalanan balik ke Temerloh. Sesampai di rumah, cepat-cepat sediakan makan malam. Goreng ayam dan daging yang dibeli di Giant…..

Hari ini, Isnin (131008)…. pas amik Nur dari kelas tadika, T singgah jap umah Kak Long T. Dia tak pegi berniaga ari ni. Suaminya saja yang pegi ke gerai. G lah beraya jap tadi. Umah dia cuma selang 15 buah rumah dari umah T. Dekat saja. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit. Pas balik dari umahnya, T layan my parents makan tengahari dan selepas mandi, bersolat, dok melayan lipat kain sebakul dua tu…. hehee.. Ari ni kat TV3 ada cite baru. Cinta Batu Belah.. Best… U r so sweet my dear Elly Mazlien…. So cute… Very the cumels………..

Sebelah malamnya, Ma masakkan Kerutub Ayam dan buat sambal belacan. Sedap betul rasanyer….. WAllAA….

2 Responses to "MY DEAR BLOG"

erm.. patutla lama tak update.. g jale-jale ghuponyo.. huhuh… saya tertanya-tanya jugak selalunyan T setiap hari @ selang sehari mesti update blog… nie tak der.. saya ingatkan T tak sihat… huhuuhhuu….

ui penoh atvt die..patut senyap bila jengah blog dieri tu…sihat t…??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: