something to talk about…

RAMADHAN KE TUJUH BELAS

Posted on: September 18, 2008

Hari ini merupakan Hari Nuzul Al-Quran. Di kesempatan cuti hari ini, T dan B mengambil kesempatan untuk keluar ke Bandar Temerloh untuk membeli keperluan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Mula-mula kami ke kedai Kaid Johar dan di situ kami terpikat dengan sebidang tikar bercorak bunga-bunga ros yang amat cantik sekali. Selepas itu kami ke kedai sebelahnya iaitu Butik Rosmart. Beli baju raya kami anak-beranak. Tema hijau menjadi pilihan kami pada tahun ini. Selepas itu, kami singgah pula di The Store untuk membeli barang-barang dapur pulak. Umat manusia punyalah ramai. Naik sesaklah sekejap jalan dan polis trafik pun ada di mana-mana saja untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Selepas itu kami terus pulang ke rumah untuk berehat.

B cakap hari ini T tak payah masak sebab tadi dah letih berjalan. T ok aje… hehee.. Untuk juadah berbuka puasa, B pergi membelinya di Restoran Tifa Seafood. Di antara menu-menunya ialah Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur, Kerabu Sotong, Ayam Masak Kicap dan Daging Goreng. B pun turut ke PARAM di kawasan perumahan T dan membeli pula Ikan Talapia Bakar, Kerang Bakar dan sedikit kuih-muih. T di rumah pula cuma menanak nasi dan membuat air blackcurrant Sunquick. Em, yummy… Berselera sungguh makan hari ini.. Lapar sangat rasanya. Syukur kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan-Nya. Alhamdulillah..

Sebelah malamnya pula, T meluangkan masa memeriksa buku-buku sekolah anak-anak T pulak. Juga menyuruh mereka membuat homework. Semoga apabila dewasa kelak, mereka berdua menjadi anak yang soleh, solehah dan berjaya dalam kehidupan masing-masing. Doa umi untuk anak-anak umi yang tersayang ni.. Amin…

8 Responses to "RAMADHAN KE TUJUH BELAS"

T…. seronoknya.. jenjalan membeli-belah.. cantik tikar tu.. tu laa T.. ari tu masa kelek kelate.. g pasar pagi jumaat dekat Jelawat.. diorang jual tikar cam tu laa. tapi yang besar sikit dari T punya.. RM 80.00 … saya dah merenggek2 dengan hubby nak tikar tu…sebab dekat nilai tak dapat harge tu.. tapi bila hubby kata nak letak mana.. baru lah pasrah… habih nak bawak camana.. keta wira nak masuk tikar panjang mana leh…masuk … time tu geram ajer.. rasa jam tu jugak nak balik KL pinjam keta kakak..huhuuh bleh cam tu…..entah laa T tak tahu lagi nak masak apa petang nie… lagipun saya ader jemputan makan dekat palm garden untuk berbuka.. dalam 2 lagi nak pergi ke tak nak pergi….

Hye aKAk, sHa singgaH bloK akak masa sHa baca bLog kak sHima.. ambOI banyak shopping kak? teMa warNA tahuN nih hiJAu ek?? eRm banYak ar maKanan akak berBuka..terliUr sHa tgK erm saLam perKenalaN ek aKaK…

salam shima..oklah tu, kalau besar dr tikar t, rm80.. yg t beli ni rm89.90.. dulu lagi berkenan.. tp biarlah dulu.. baru pas antar carpet2 kat umah mak, tgk lantai 0 tu yg beli tikar tu.. ehhee.. oo, kat nilai pun tak dpt harga tu ye.? mmg murah arr harga tikar tu kat kelate ek?.. nanti t emelkan kad kawin my sil tu ye.. tunggu… hehee…

my sha.. salam perkenalan dari kak t jugak.. tqvm ya..

aKak sha takder FP la akak huhuuhu..

salam Tcantek tikar tu..last 2 week balik umah mak..mak pon ade beli..kat sini pon ahd misti ade pakistan junjung /ketuk gate tanye nak beli…baju raya thn ni ke…green?kite kalo balik tak sempat nak jln mana2. insya ALlah raya ni dpt 2-3 hari je

kak t..dah membeli dan membelah ye..baju raya….kak T dah buat kuih raya lum?? yong mggu ni balik seremban..umah mak..buat kuih sesama ..kalau harap yong buat sengsorang..pakai tak buat lah jawabnye..:)amboi! yong perasan lauk kak T tu ha…sodap eh!!!!

salam kak tie…sehari lagi kita dpt menunaikan ibadah puasa, alhamdulillah…rajin dua badek tu study kat tikar baru yerk…cantik ler kak tie…zana punya yg xde corak…cam tak minat jer yg bercorak nie…tp bila tengok kak tie punya…cantik jugak la…..kat sana baper yerk harganyer kak tie?baju raya thn nie theme green color yerk kak tie….zana kaler biru tahun nie….tu pun belum siap kat tailor….baju2 batrice yg lelain pun belum beli…mmg tak shopping raya lagi kak tie…tengok ler sabtu nie…cik abg kata nak gi shopping……soodddaaappppnyer lauk kak tie…hik hik hik…..kebetulan lark…semlm pun buka zana masak siakap 3 rasa & butter prawn….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: