something to talk about…

CUTI-CUTI @ PULAU PINANG

Posted on: August 26, 2008

Seronoknya dapat ke Pulau Pinang setelah kali terakhir aku ke sana pada bulan Mac tahun lepas. Teruja sekali rasanya bila hubby call dari opis ari Jumaat tu, suh aku packing baju nak ke Penang. Dia dah tempah bilik di Hotel Paradise Sandy Beach Resort, Batu Feringghi. Kami bertolak dari Temerloh pada pukul 12.00 tgh hari dan sampai di hotel pada pukul 7 malam. Aku sempat menelefon kakakku, Arina yang tinggal di Kulim, Kedah untuk menyertai kami di Penang. Sebelah malam kami dinner di cafe hotel saja. Dah penat memandu. Malas nak cari makan di luar. Malamnya berborak-borak ngan kakak dan anak-anak sedaraku yang 2 orang itu, Hafiz dan Amirul.

Pepagi aku bangun dan sambung berbual bersama kakakku. Dalam pukul 9 pagi, kami semua turun ke cafe untuk bersarapan. Sempat posing-posing di sekitar hotel dan masuk ke bilik nak berkemas-kemas untuk check out pulak. Selepas check out dari hotel, kami mencari hotel lain pulak untuk menginap malam sabtu tu. Setelah mencari-cari, akhirnya hubby mengambil keputusan untuk mengambil bilik di Holiday Inn Resort, Batu Feringghi. Kami masuk ke bilik dan sempat bergambar-gambar jap sebelum keluar ke bandar. Arah tujuannya nak pegi tempat menjual jeruk-jeruk yang memang dah sinonim ngan Penang ni. Pas siap memborong jeruk, kami ke Bukit Jambul nak pekena nasi kandaq. Siap tapau pasemboq untuk makan di bilik pulak nanti. Sedap sungguh rasa makanan-makanan kat Penang ni. Tapi dalam pada tu, aku kenalah jaga makan jugak. Tak lehlah makan sembarangan.

Pas pusing-pusing di bandar, kami pulang ke hotel dan ke kolam juga pantai berdekatan hotel. Anak-anak apalagi, memang seronoklah bermandi-manda. Aku sekadar mengambil gambar-gambar di tepi pantai dan kolam. Sungguh mengujakan sekali dapat melihat sunset di sini. I’m so happy to be here!!

Malamnya, kakakku pun pulang ke Kulim. Nanti raya kita jumpa ye!! Kami pula keluar untuk dinner di Hotel Paradise. Sedap-sedap makanan kat sini. Memang berbaloi sungguh makan-makan kat sini. Tapi dalam pada tu, aku masih beringat-ingat apa yang aku makan. Takut kena penyakit di kemudian hari. Balik dari dinner, kami pusing-pusing pulak kat Pasar Malam Batu Feringghi. Memang best. Nak-nak bila aku jumpa fridge magnet Penang kat situ. Benda wajib yang aku beli setiap kali ke mana-mana makan angin. Pas tu kami pulang ke bilik dan berehat-rehat menonton tv sebelum masuk tidur. Emmmmmm….

Pagi Ahad, pas bekfes kat cafe hotel, kami ke Taman Herba dan Taman Rama-Rama. Syiok amik-amik gambar. Rama-rama terbang dengan sebebas-bebasnya. Anak-anak aku pun seronok di sini. Maklumlah, tak penah jumpa rama-rama secara live yang banyak-banyak macam tu… hehhehe.. Sempat singgah di kedai kat situ nak beli fridge magnet. Pas tu kami singgah lunch nasi kandaq lagi sebelum pulang ke Temerloh. Anak-anak dok bertanya sepanjang jalan pulang, “umi, bila lagi kita nak pegi Penang, syok arrr”.. Alahai anak-anak umi nie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


    • Mr WordPress: Hi, this is a comment.To delete a comment, just log in, and view the posts' comments, there you will have the option to edit or delete them.
    • fiza: salam kak T....panjangya entry akak kali ni....bestnya g kltn....byk shopping ke kak..cantikya hanbag baru akak...fiza pun suka yg beso2..
    • MindHeartBodySoul: Wahhhhh! Sungguh membuka mata, minda & selera...BEST BETUL TRAVEL LOG ini...1. Baru tahu Kelantan Punya Pintu Gerban

    Categories

    %d bloggers like this: